Anak Ibu…
Assalamualaikum sayang…
hari ni dan semalam ibu sangat sedih…ibu taktahu esok lusa and entah berapa lama ibu akan berterusan dalam kesedihan.semuanya sebab anak ibu, Ahmad afnan bin Muhammad Saifuddin. ibu sayang anak ibu…ibu sayang sangat2…tapi Allah lebih sayang anak ibu.Allah tak bagi ibu masa yang lama pon utk ibu tatap anak ibu. tapi ibu bersyukur sekurang2nya ibu dapat tidur ngan anak ibu semalam dan malam ni sebelum anak ibu dikebumikan esok di Dublin…ibu sedih.ibu taktahu macammana nak bagitahu betapa sedih hati ibu..ibu sedih.sedih sangat2…ibu sedih sayang.ibu sedih sebab Afnan tinggalkan ibu dan ayah. belum sempat ibu curahkan kasih sayang ibu kat Afnan,Afnan terus pergi..ibu sedih sayang.sangat sedih…tapi sekurang2nya ibu tahu Allah lebih berhak atas Afnan. Allah lebih sayang Afnan dari ibu. segunung emas ibu sayang Afnan pon, Allah lebih sayang Afnan dari ibu.
ibu sedih.ibu xtahu betapa banyak airmata ibu nangis utk Afnan.ibu merintih utk suruh Allah ‘hidup’kan Afnan balik utk ibu.tapi apa daya ibu,Afnan? ibu patutnye bersyukur kan Afnan,sekurang2nya Allah bagi pinjam Afnan utk ibu rase bagaimana nikmat mengandungkan Afnan.ibu gembira betul mase ibu ngandungkan Afnan.Afnan budak baik.Ayah pon selalu happy mase Afnan dalam perut ibu.dulu,mase ibu ngandungkan Afnan, naluri ibu suh Afnan kick and move,terus afnan buat tanpa lengah.tapi memule dulu Afnan selalu main2kan ayah,bile ayah nak rase Afnan move, Afnan selalu x nak gerak.Ayah selalu frust tunggu Afnan move…hehe,ibu selalu gelakkan ayah.tapi bile dh lama2 tu,Afnan bagi ayah rase Afnan gerak dlm perut ibu.dah start nak main2 ngan ayah dh mase tu…ibu hepi betul mase ibu ngandungkan Afnan. betul,ibu x tipu. ibu tulis blog psl Afnan ni pon, sbb ibu xnak lupe perasaan and pengalaman ibu.ibu takut Afnan ingat lama2 ibu lupe psl Afnan.sekurang2nya bile ibu bace blog ni balik,ibu akan refresh memory ibu psl Afnan…Afnan anak ibu..ibu syg afnan tau.Ayah pon sayang Afnan. Atok nenek syg Afnan. semua org syg Afnan…tapi Allah lebih sayangkan Afnan iye syg…ibu kene sabar. ayah kata ibu kene sabar. ayah tegur ibu sbb ibu nangis and kata2 ibu mcm ibu tak boleh terima qada’ qadar Tuhan. tapi ibu betul2 sedih Afnan…ibu x sangka lain yang ibu harap,lain yang jadi…betul2 ibu sedih sbb Afnan tinggalkan ibu..
malam ni ade majlis tahlil kat umah utk Afnan.tapi ibu xnak jumpe org2 kat luar sbb ibu takut ibu sedih bile semua org try nak console ibu..ibu malu nak nangis depan org ramai2…ibu jadi xmalu nangis dpn orgramai skrg slps Afnan pegi.tapi biarla ibu simpan airmata ibu mlm ni.org nak tahlil,nanti dgr ibu plak yg teresak2 kat belakang…ibu xnak Afnan kate ibu mcm anak2,asyik nangis je..ibu sedih sayang…ibu sedih tengok Afnan.
ibu nak luahkan hati kat ayah.tapi ayah pon sedih,sayang. Ayah pon sedih sbb Afnan tinggalkan kami.ibu jarang nampak ayah sedih tau sayang. kali ni ayah betul2 sedih.tapi ayah bijak,ayah sorokkan sedih ayah belakang2,x semua org nampak ayah sedih.tapi ibu tahu,ibu penah tgk ade airmata panas kat muke ayah.tapi ayah cool sayang…agak2 kalau Afnan sempat besar,Afnan sure cool mcm ayah. Afnan x kan nangis depan org kan?mcm ayah…bile ayah sedih,ibu lagi sedih.sbb ibu tahu ayah bukan senang utk kuarkan airmata sayang. mule2 dulu ibu ingat ayah x sedih,sbb ayah nampak biase2 je.tapi sbnrnye,ayah x nak tunjuk depan ibu and semua org,sbb kalau ayah tunjuk dpn ibu,ibu lagi sedih..
sayang Afnan….ibu tulis blog ni sbb ibu nak luahkan perasaan ibu kat Afnan…ibu syg Afnan.Afnan syg ibu tak?syg ayah tak?syg atok nenek tak?nanti Afnan doakan kami masuk syurga ek sayang. bile kite jumpe kat syurga nanti,ibu nak dengar suara Afnan,nak Afnan senyum kat ibu,nak Afnan tengok ibu dgn mata Afnan…nak Afnan kata kat ibu yang Afnan syg ibu mcm ibu syg Afnan. afnan…..ibu syg Afnan.ibu syg anak ibu.ibu syg anak ibu sangat2…ibu sayang…
afnan…ibu ade byk lagi dlm kepala nak luahkan kat Afnan.tapi ibu sedih.kepala ibu rase berat, sbb ibu asyik nangis je smlm syg. nangis sbb Afnan…nanti ibu sambung lagi iye sayang…sayang anak ibu…
November 28th, 2007 at 1:27 pm
salam kak fizah,
1stly takziah buat akak n family..saya jugak terasa musibah yg menimpa akak sekeluarga,menangis bila baca blog akak..betul, Allah lagi sayangkan Afnan..semoga akak sekeluarga tabah menghadapi dugaan ni…
g-ah
November 28th, 2007 at 4:04 pm
dari Allah kita dtg,kpd Dia juga kita kembali.menangis juga baca tulisan akak..tiada lagi dapat diucap selain byk-bykkan bersabar,berkata-kata tentulah lbh mudah dari bahu yg memikul tp percayalah Allah tentunya dah pilih seseorg sesuai dgn kesanggupannya biiznillah..al fatihah buat allahyarham afnan.
November 28th, 2007 at 4:31 pm
salam takziah dr kami sekeluarga….tuhan lebih sayangkan dia.banyak2 bersabar.kak liza pun mencurah2 airmata baca blog ni.
November 28th, 2007 at 4:53 pm
kesian kat fizah n family..
saya pun turut rasa sedih..
sabar ek fizah..
saya doakan fizah tabah hadapi dugaan ini..
November 28th, 2007 at 5:00 pm
AlFatihah buat arwah baby afnan…
menangis bila baca tulisan fizah ni,sememangnya Allah sayangkan afnan,sayangkan fizah dan puden sekeluarga…dan Allah tak akan uji melainkan sbb Allah dah tau fizah dan puden mampu hadapi dgn sabar..berat mata kami memandang,berat lagi perasaan fizah dan puden…tapi kakti tau fizah tabah,puden pun lagi tabah,dan itulah jgk doa yg kami panjatkan pada Allah,moga Allah kurniakan kesabaran buat korang berdua dan keluarga….
dan jaminan Allah,anakanda afnan menunggu fizah dan puden di jannah,aminnnn…..takziah dan salam sayang utk fizah dan puden…..
November 28th, 2007 at 5:53 pm
Assalamualaikum,
Kepada parents yang melahirkan seorang warga syurga di kalangan umat akhir zaman. Moga Allah kuatkan semangat dan iman kalian menghadapi dugaan yang tidak semua mampu lalui dalam kewarasan. Afnan tetap dalam kenangan semua biarpun yang jauh disini langsung tidak berkesempatan bersua. Allah sangat sayang akan Afnan maka janganlah bersedih. Takziah diucapkan buat Puden & Fizah dan Al-Fatihah untuk warga syurga yang sangat dinanti.
November 28th, 2007 at 8:00 pm
fizah byk2 sbr..ore rasa ape yg fizah rasa ore pn pernah khilangan ..kami di msia doakan kesejahteraan fizah..insyaAllah Allah pertemukan kita dgn dia di sana
November 28th, 2007 at 10:19 pm
assalamualaikum…alfatihah untuk afnan,takziah dr kami sekeluarga..saya pn bercucuran airmata baca blog ni…Pasti ada hikmah di sebalik dugaan ni..Sabarye sahabatku..
November 29th, 2007 at 12:23 am
along pun tumpang sedih atas kehilangan anak saudara along,ahmad afnan.. along harap jah sabar kat sana. Allah lagi sayangkan dia.. kita hanya merancang,tp Tuhan yg tentukan. Kluarga di msia smpaikan salam takziah buat jah ngn adin..
November 30th, 2007 at 3:36 am
slm buat fiza n puden. alfatihah buat arwah baby afnan. sedih mendengar rintihan hati fiza tp akak yakin fiza dan suami redha kerana ALLAH lebih sygkan afnan dan ALLAH menguji insan2 yg disayangiNYA. ketentuan ALLAH tidak sesaat lambat mahupun sesaat cepat. akak pun pernah merasai kehilangan miscarriage masa kandungan 16 weeks.Ramai ibu2 yg merasai perasaan seperti itu. tp syukur kerana,akak,fiza dan ibu2 lain diberi kesempatan oleh ALLAH utk berkongsi dan merasai kehadiran baby dlm kandungan. moga fiza tabah dan sabar.t care.