Archive for December, 2007


kenangan..

Assalamualaikum wahai anak ibu,Ahmad Afnan bin Muhammad Saifuddin…

Afnan,dh lama rasanya x cakap2 ngan afnan. seminggu yg lepas,ibu cube utk x buka blog ibu sbb ibu takut ibu teringatkan Afnan.Entah mengapa,hari ni ibu betul2 nak cakap ngan Afnan…

Afnan,hari ni,buat pertama kali,ibu terpempam bile ada sorang kakak Indonesian yg ibu jumpe dekat tesco bertanya kat ibu, ‘bila melahirkan?’. kakak itu ibu jumpe masa appointment ibu dekat maternity hosp sblm ni.mungkin die tgk ibu dh x mengandung,dan mungkin die x tahu yg ibu kehilangan Afnan =(. bile dgr soalan tu,ibu terkejut,ibu xtahu ape yg ibu nak jwb.ibu  kelu.ape ibu nak jwb…ibu xtahu.soalan tu tiba2 buat ibu teringatkan Afnan.hati ibu betul2 sebak. ibu taktahu nak jwb apa.ibu tahu,kalau ibu jawab,soalan seterusnya yg akan ditanya oleh akak tu, ‘macamana baby?sihat?’ or ‘dimana baby? x bawak baby?’. ibu tahu itu yg akan ditanya. dan ibu tahu,soalan tu hanya boleh dijwab dengan airmata. ibu xnak org nampak ibu lemah. ibu dh puas menangis. apa yg ibu buat utk jwb soalan akak tu,mungkin nampak sombong @ biadap pada pandangan ibu dan org lain,tapi,hanya itu yg mampu ibu lakukan. ibu senyum kat akak tu,dan bagitau,’sy sudah melahirkan’ dan terus pergi.ibu tahu akak tu terkilan sbb ibu terus berlalu tanpa bercerita lagi panjang. ibu xnak menangis dpn akak tu,dpn org…

betul org nampak ibu kuat di luar,tp di dalam hati,ibu terlalu sedih.bila teringatkan Afnan,ibu menangis. bila ibu teringatkan kenangan2 ibu dgn anak ibu,ibu sayu. ibu betul2 teringatkan Afnan…

Afnan, 1hb ni, kite pindah umah balik ke cork,sayang. ibu tahu ibu akan rindu limerick,sayang. banyak kenangan ibu dgn afnan di rumah ni,di limerick. ibu ingat lagi,kenangan ibu gi shopping cot afnan ngan ayah.beberapa kali ibu pergi kedai yg sama di limerick survey ngan ayah, last2 sekali ayah decide beli cot yg dh lama kami berkenan.bile balik umah,ayah x sabar psg cot afnan malam tu jugak. ayah betul2 excited psg cot afnan. ibu masih terbayang2 lagi ayah malam tu,begitu bersemangat psg cot afnan. ibu beli travel cot utk afnan,sbb senang bile kite travel,or bile afnan besar sket,kite boleh simpan cot afnan. lps siap psg cot afnan, ayah terus mainkan lagu di cot afnan.ayah dah mcm2 imagine mase tu,kalau afnan tido,afnan akan diulik dgn lagu2 tu. ibu happy betul mase tu. satu,sbb ibu tgk ayah betul2 happy and excited.dua, sbb anak ibu akan tidur di cot ibu ayah beli&pasang,atas blanket lembut ibu beli utk anak ibu, dan anak ibu akan tidur di bilik sama dgn ibu.bukan setakat ayah,ibu sebenarnya betul2 happy.betul2 happy sayang… ibu xtahu afnan dgr x lagu musical donkey yg ibu belikan utk afnan.ibu dh letakkan donkey tu betul2 di hujung cot afnan masa tu.biar afnan ade teman bile afnan sunyi. afnan boleh dgr lagu.ibu betul2 happy,sayang ,hanya ms tu…tapi skrg?itu hanya kenangan…kenangan yg ibu xleh lupakan…kat limerick nila,perut ibu membesar,afnan bergerak2 dlm perut ibu. kat limerick ni la,afnan buat ibu muntah2 setiap pagi. kat limerick nila,segala kenangan ibu ngan afnan bercambah…

skrg?…apa dh jadi pd kenangan2 tu?cot afnan ibu dh simpan,letak dlm kotak. donkey afnan,ibu buat teman ibu bile ibu tidur,bile ibu sunyi time ayah onkol. kadang2,bile rindu afnan,ibu mainkan music kat donkey afnan tu. baju2 afnan,ibu dh simpan,termasuk baju yg ayah pakaikan utk afnan lps lahir. ada tanda darah di baju tu,tapi ibu x basuh baju tu,syg.sbb ibu nak bau badan anak ibu kekal kat baju tu.tanda darah tu,tanda kasih syg ibu,talian darah kita utk selamanya. ibu tahu,kalau baju tu ibu biarkan dpn mata ibu,ibu sure akan nangis lagi.jadi,ibu simpan baju tu,syg. bile ibu rindu,ibu akan cari baju tu.kenangan afnan ada pada baju tu.kain towel mase mandikan jenazah afnan,ibu simpan, x basuh juga. ibu xnak kenangan ibu pada anak ibu hilang. mungkin pd org lain,ibu x betul.tapi ibu dh xde kenangan lain.kenangan yg sket nila yg akan ibu simpan selama2nya…org lain mandikan anak banyak2 kali,tapi ibu tgk anak ibu hanya mandi sekali.towel digunakan utk lap badan anak ibu hanya digunakan sekali.baju tu anak ibu hanya pakai sekali.hanya sekali…hanya sekali sahaja..ibu betul2 sedih…

oh,hati..tabahla…jangan nangis..ibu betul2 xtahan.setiapkali ibu taip,airmata mengalir…skrg pon masa taip ni,ibu nangis lagi.ya Allah…keringkanla airmata ni…ibu dh puas menangis syg…

nanti kite pindah cork syg.ibu dh pindahkan brg2 afnan ke cork.ibu start kije 2hb ni.afnan tahu x,mulanya,ibu ingat nak extend maternity leave ibu sampai feb.sbb masa tu,ibu pk,ibu perlukan masa utk main2 ngan afnan,utk afnan rasa susu ibu sblm ibu busy kije.ibu dh plan mcm2 utk afnan spjg cuti ibu sblm start kije.ibu nak afnan betul2 kenal ibu sblm ibu start kije,biar kite btl2 bonding.tapi,since afnan xde,ibu tukar plan ibu.walaupun masih dlm pantang,ibu akan kije 2hb jan ni terus.Ibu xnak terus2an menangis.sekurang2nya bile ibu kije,mind ibu pk psl bende lain…afnan…

afnan… kalaula afnan ada…

afnan… ibu nak peluk afnan…

afnan… ibu rindu betul. betul2 rindu…

afnan anak ibu.ibu syg anak ibu…

afnan… ibu betul2 sedih skrg…ibu sambung lainkali sayang…

afnan doakan ibu tabah ek…sayang afnan,…

afnan…

afnan…

Afnan (Template:ArB) is a Arabic word which can be found in Sura Ar-Rahman of the Qu’ran. It is essentially used as one of the elements to describe a specific place in the heavens. The direct translation of the word is "Branches with Leaves". Hence, the aforementioned place is a peaceful setting which is covered in shade and full of fruits.

"But for such as fear the time when they will stand before (the Judgement Seat Of) their Lord, There will be two Gardens- Then which of the favours of your Lord will ye deny?- Cointaining all kinds (of trees and delights);- Then which of the favours of your Lord will ye deny?- In them (each) will be two springs flowing (free); Then which of the favours of your Lord will ye deny?- In them will be fruits of every kind, two and two. Then which of the favours of your Lord will ye deny?"   ~Sura ArRahman

afnan=kecantikan/seri

afnan…i wish, i hope,  o Allah… i wish that someday sometime, i could meet him again in Paradise…i miss my baby soooo much….afnan anak ibu…

Memberi dan berkorban… adalah manifestasi cinta dan kasih. Tanpa kasih, memberi itu pahit, berkorban itu suatu penyeksaan…

assalamualaikum dan selamat hari raya aidiladha,wahai anak yg ibu sgt sayang, Ahmad Afnan…

"Memberi dan berkorban… adalah manifestasi cinta dan kasih. Tanpa kasih, memberi itu pahit, berkorban itu suatu penyeksaan.."

betul2 ibu teringat kat Afnan… ibu sayang betul kat Afnan. Ibu ingat betul2 Afnan setiap hari. kadang2,tanpa sebab, airmata ibu mengalir bila ibu teringatkan Afnan. dalam bahagia,ibu derita. dalam ceria,sebenarnya hati ibu menangis. ibu betul2 sayang Afnan. kalaula Afnan tahu…

pengorbanan ini sangat menderitakan, ibu betul2 merasainya. Afnan berkorban kerana ibu. Afnan tak nak ibu susah,ye syg?Afnan x nak susahkan ibu dgn salin lampin,buat susu, semua bende untuk Afnan ye syg?Afnan xnak susahkan sesiapa sebab tu Afnan pergi dulu…

ibu?ibu berkorban untuk bagi anak ibu pergi dulu. ibu berkorban untuk bagi anak ibu pergi syurga,biar anak ibu ada kawan2 utk main2 kat syurga. Ibu berkorban utk anak ibu hidup bahagia selama2nya. tapi pengorbanan ibu betul2 menguji hati ibu.Hati ibu betul2 menderita.

setiap hari,bile bangun tidur,ibu berharap,semua yang berlaku hanya mimpi. ibu harap bila ibu bangun,semua ni tak berlaku. tapi hakikat tetap hakikat. ibu sudah lepaskan anak ibu pergi jauh. tangan ibu menggapai afnan,tapi,Afnan tetap pergi..Jauh..terlalu jauh…

tiap hari, ibu bayangkan,apa ibu akan buat kalau Afnan ada. ibu mesti busy dgn Afnan. nak tidurkan afnan bile afnan nangis,nak susukan Afnan,nak mandikan,salin baju utk Afnan bile afnan comot,and salin nappy bile Afnan pee or poo. tapi,itu hanya mimpi2 ibu yg x akan jadi kenyataan. ayah pernah cakap, anak2 ibu yang akan dtg xkan sama dgn Afnan. Afnan hanya ada satu,xde dua atau tiga. afnan seorg saja anak ibu…betul kata ayah,syg. Ahmad Afnan hanya ada satu dlm hati ibu.hanya satu…

afnan…ibu syg afnan. merintih,menangis,berduka…afnan tetap x ada…afnan,ibu syg afnan.afnan anak ibu….

ibu tabahkan hati setiap hari,ibu kata kat diri sendiri,ini ujian,Allah bagi kat ibu.Allah nak ibu tabah. Allah nak bersihkan dosa2 ibu yg banyak. Allah nak uji ibu. Ibu try utk tabah,walaupun selalunya ibu menangis sbb ujian Allah kali ni terlalu besar,besar sgt sampai ibu xtahu sama ada ibu sanggup menghadapi.kadang2, ibu sedapkan hati sendiri,ibu kata ibu masih muda lagi,ada can utk dpt baby lagi lps ni.tapi perasaan ibu takkan sama lagi,Afnan.takkan sama utk adik2 afnan. hati ibu dh tak ada…hati ibu dh rapuh,dah robek…senang pecah. ibu dah terlalu takut utk menghadapi perasaan kehilangan..akan dtg,kalau ibu mengandung adik afnan nanti,ibu janji,biar ibu x ada,tapi adik Afnan hidup. biar ibu menderita,asal adik afnan bahagia..biar ibu pergi dulu,asalkan jangan adik Afnan pergi mcm Afnan…ibu dah terlalu takut utk hilang lagi anak yg ibu sayang…Afnan,ibu syg Afnan….

Ahmad Afnan,anak ibu sayang…

Afnan,ibu hanya pk psl ibu,kan sayang?ibu hanya pk yg ibu hilang Afnan, dan ibu sedih.tapi?camana dgn org2 yang turut menntikan Afnan?ayah,atok nenek?kakak dan adik2 ayah, adik2 ibu?selama ni,ibu hanya tahu kesedihan hati ibu bile ibu hilang Afnan,ibu lupa yang orang2 lain turut bersedih sama dgn ibu. ibu lupa sayang…ibu lupa psl Ayah.

seminggu terakhir ini,ibu try nak cope,sayang. ibu try taknak tgk gambar2 Afnan kat komputer. Ibu try buat diri sendiri happy,ibu taknak fikir psl Afnan sangat,sbb ibu taknak diri ibu sedih. ibu nak jd tabah,sayang. tapi semalam, ibu perasan sesuatu. bile ayah balik dr shopping brg dapur, ayah mengadap komputer.ibu plak tgk tv.sambil tgk tv, ibu jengah tgk ayah buat apa kat komputer. ibu terkesima,sayang. ibu ingatkan ayah tgh buat kerja2 ayah, tapi tak.ayah tgk gambar2 Afnan kat komputer, alone!. ayah pasang headphone taknak kasi ibu dgr yg ayah tgh dgr rakaman video mase ibu nangis time Afnan baru lahir. Ayah mungkin taknak ibu dgr,sbb ayah tahu kalau gambar2 Afnan dah boleh buat ibu nangis,apatah lagi rakaman video tu. sbb tu ayah psg headphone. perasaan ibu? air mata menitik kat pipi ibu. ibu tak nangis.entah…tapi ibu sedih.bukan sbb Afnan,tapi sbb baru ibu realized,ibu tak pernah nak tahu betapa sedihnya ayah bile Afnan pergi.ibu hanya tahu psl ibu,psl kesedihan ibu. psl sedihnya ibu bile Afnan pergi. Ayah?ibu tahu ayah juge sedih.tapi ibu tak pernah cuba mendalami kesedihan ayah,kerinduan ayah pd Afnan. Recall balik, mesti ayah sedih kan syg, bilemana ayah kene handle pengebumian Afnan, bukannya majlis bercukur Afnan. ape perasaan ayah, tatkala ayah2 lain happy meraikan kelahiran anak,ayah terpaksa telefon kawan2 ayah tanya psl tapak kubur yang sesuai, mandi jenazah,majlis tahlil etc…

baru ibu sedar yg ibu hanya pk kesedihan ibu shj,afnan…ibu kurang pk psl ayah, ayah pon sedih jugak syg.ibu jahat,kan? Afnan…ibu tahu ayah rindu Afnan…

Afnan,ibu hanya pk kekecewaan ibu. pernah tak ibu terpikir kekecewaan atok nenek?nenek datang,semata2 utk tunggu cucu lahir, nak jaga cucu. tapi ape jadi pada nenek?nenek terpaksa memandikan dan mengkafankan cucu. ape perasaan nenek agaknya…

atok?atok stay irelland 2 bulan dgn plan asal utk tolong ibu jaga Afnan,utk main2 dgn cucu. skrg? sian atok.atok nampak bosan.atok taktahu nak buat apa di ireland. ibu rasa bersalah kat atok.ibu nak bwk atok jalan2,tapi ke mana?ayah plak kerja.ibu plak belum betul2 ready jln jauh.ibu betul2 rase bersalah,sayang. ibu banyak kecewakan harapan2 org lain. itu tak pk lagi harapan tok abah ngan nenek sblh ibu, makcik2 and pakcik2 Afnan sblh ayah dan sebelah ibu. ibu hanya pk kesedihan ibu…teruk kan ibu,Afnan?

ibu sedih…alangkah bagusnya kalau Afnan ada. hidup ibu mesti bahagia.hidup ayah mesti happy. atok nenek mesti ceria…winter yg suram mesti berseri2 kalau Afnan ada. itu kalau Afnan ada…tapi Afnan tak ada…kadang2 ibu nak sedapkan hati ibu, ibu kata kat diri ibu,yang ibu tak pernah mengandung. ibu hanya ada ayah. ibu single,tak pernah berbadan dua. tapi,bile ibu terpandang gambar Afnan?hati ibu rasa bersalah sbb seolah2 ibu deny fact yg Afnan anak ibu.ibu tak boleh tolak fact yang ibu terlalu sayang Afnan, ibu ingat Afnan, Afnan anak ibu dan lahir dari perut ibu. ibu mengandungkan Afnan, anak ibu yang tinggalkan ibu sejurus selepas lahir. anak ibu yg tidur lena,langsung xnak buka mata tgk ibu,langsung x gerak bile ibu sentuh,and langsung x bunyikan suara utk ibu dengar… apapun Afnan buat kat ibu,Afnan tetap anak ibu,sayang.ibu terlalu sayang pd Afnan. Afnan tak pernah salah pada ibu,or pada sesiapa,sayang…ibu yang banyak dosa..maafkan ibu,sayang…

Afnan…ibu betul2 rindu Afnan. ayah pun rindu Afnan…ibu tahu, ayah betul2 sayang Afnan,sayang…

ibu ingat Afnan,sayang,,,

Assalamualaikum Afnan,anak ibu sayang… Afnan,ibu ingat Afnan,sayang. Semalam,ibu,ayah,atok nenek semua pergi ziiarah Afnan. Ibu tahu Afnan suke,sayang. Ibu x sangka ibu akan lawat Afnan lagi secepat ni. thanks to ayah,sayang. sbb ayah kene gi Dublin utk buat passport, sayang. kebetulan ke Dublin, kami pergi melawat Afnan sekali.ibu tahu,ayah pon sebenarnya rindu Afnan. Afnan anak sulung lelaki kami,ibu ayah mana x rindu sayang. lagi2 Afnan pon dah pergi jauh sayang…Nenek siram kubur Afnan…Atok ayah baca doa utk kesejahteraan Afnan. Ibu?ibu termenung jauh tengok kubur Afnan sayang…ibu cuba tahan airmata…ibu dh terlalu banyak menangis sayang. Ibu rasa airmata ibu sudah kering..tapi, bile ibu berdiri di hujung kubur Afnan,ibu sebak. Ade airmata turun mengalir di pipi ibu. Ibu cube tahan.ibu ingat pesan nenek, tak baik merintih menangis di tanah perkuburan,macam yg ibu buat mase Afnan nak dikebumikan dulu. kali ni,airmata ibu keluar juga…tapi ibu tahu,ibu waras kali ni.ibu sedar Afnan pergi tempat lagi jauh,lagi baik dr sini…Afnan pergi syurga sayang.Semua org nak pergi situ,termasuk ibu ayah. Ibu syukur,sekurang2nya ibu ada anak ibu menanti ibu di sana…Atok kata, Afnan sekarang sedang seronok main2 kat depan pintu syurga ngan kawan2…bile malaikat suruh Afnan masuk syurga,Afnan xnak.Sbb Afnan nak tunggu ibu &ayah masuk syurga sekali ngan Afnan…ibu terharu,sayang..betul ke Afnan? Afnan tunggu ibu tau.tunggu ayah jugak…InsyaAllah sayang,,

Afnan, ibu semakin ok sekarang sayang…thanks to ayah yang banyak tolong ibu. ibu taktahu ape akan jadi pada ibu kalau ayah tak ada,sayang. Rindu ibu pada Afnan terubat dengan kasih sayang ayah,sayang… Ayah urut ibu,ayah tenangkan ibu,ayah beli ubat utk ibu (ibu rase segala macam painkiller ayah beli utk tahan sakit ibu) ,ayah buat macam2 utk ibu. Ibu bersyukur ade suami macam ayah,sayang…ayah Afnan… Ibu juga bersyukur ada sahabat2 kawan2 yang mendoakan ibu,sayang…ade yg hantar teks doakan ibu ayah tabah,tak kuraang yg datang melawat,bawak makanan, offer pertolongan semua…ibu terharu sayang.rupa2nya ramai yg concern psl ibu,pasal kite,sayang. Ibu cukup2 berterima kasih utk semua… Afnan…ibu harap atoknenek tak terkilan,sayang. datang jauh2 ke Ireland dgn Harapan utk melihat cucu, buat majlis bercukur utk cucu,tapi berakhir dengan majlis tahlil,majlis pengkebumian Afnan…ibu tahu ayah atok mesti sedih.tapi ape daya ibu?kalaula ibu boleh buat sesuatu utk mengembalikan Afnan,ibu buat sayang…tapi,apa yg boleh ibu buat sayang…selain pasrah dan tawakkal…

semalam,selesai buat passport ayah,ibu ayah jalan2 ke dublin bwk atoknenek jalan2…bile atoknenek dan ayah masuk tkmaxx di st stephen shopping centre, ibu amek peluang duduk di dpn kedai,sayang..ibu penat.luka ibu masih sakit sayang,lagi2 bile jalan jauh…bile ibu duduk,ibu termenung tgk org sekitar…ibu nampak ade seorg ibu tolak buggy berhenti betulkan blanket si anak sebelum keluar bangunan.kat luar mesti sejuk,ibu pk sebabtula die betulkan blanket utk cover si anak kecil dlm buggy tu. ibu terdiam sayang,dan terharu. airmata ibu perlahan2 turun mengalir,sayang…ibu akan buat yg sama kalau Afnan ade,sayang. ibu tak akan kasi Afnan sejuk,afnan sakit…ibu akan berkorban segalanya utk Afnan…tapi Afnan langsung x bagi chance utk ibu,sayang…Afnan pergi mengejut…terlalu mengejut…rase macam mimpi…mimpi hitam…

Afnan, ibu terlalu sayang Afnan. Ibu dah terlalu mengasihi anak dlm kandungan ibu…satu mase, ayah bagitahu yg sebenarnya ayah terkilan,sayang…ayah terkilan sbb ayah tak pernah dapat merasa betul2 kehadiran Afnan sms ibu ngandungkan Afnan. ayah jeles ngan ibu.ayah bagitahu,ibu sekurang2nya dpt merasa afnan gerak2 dlm perut ibu.ibu tahu bile afnan bangun,bile Afnan tidur.tapi ayah??ayah hanya mampu melihat perut ibu,dan kdg2 merasa Afnan gerak,itupun bile ibu kata yg Afnan tgh gerak2… Ibu tahu,ayah betul2 menanti kehadiran Afnan,sayang. Afnan anak kami…ayah terkilan sbb ayah x mampu buat apa2 utk afnan,,,afnan pergi terlalu awal sayang…terlalu sudden…ayah terkilan,sayang…

Afnan…setiap kali ibu bercakap2 ngan Afnan,ibu menangis… betul,luka hati ibu bukan terubat sekelip mata,sayang..Afnan doakan ibu tabah,ye sayang..ibu nak jd orang tabah…setiapkali bercerita psl Afnan kat orang2 yang bertanya,ibu sebak…hati ibu menangis,,,ibu jadi cemburu pada ibu2 lain,sayang…org bertitle ibu ade anak utk dicurahkan kasih sayang,disusukan..tapi ibu?ibu hanya bertitle ‘ibu’ utk 2hari sayang…2 hari yg terlalu berharga selepas Afnan dilahirkan sblm Afnan dikebumikan…2 hari yg terlalu berharga,bilemana ibu boleh tidur dgn Afnan sambil dakap Afnan.bile Afnan ade di depan mata bile ibu cakap2 ngan Afnan. hanya bile Afnan ade,sayang…skrg?Afnan hilang. Hilang dr mata…tapi ibu tahu,hati ibu ade Afnan selama2nya,sayang…selama2nya…