Archive for December 12th, 2007


Ahmad Afnan,anak ibu sayang…

Afnan,ibu hanya pk psl ibu,kan sayang?ibu hanya pk yg ibu hilang Afnan, dan ibu sedih.tapi?camana dgn org2 yang turut menntikan Afnan?ayah,atok nenek?kakak dan adik2 ayah, adik2 ibu?selama ni,ibu hanya tahu kesedihan hati ibu bile ibu hilang Afnan,ibu lupa yang orang2 lain turut bersedih sama dgn ibu. ibu lupa sayang…ibu lupa psl Ayah.

seminggu terakhir ini,ibu try nak cope,sayang. ibu try taknak tgk gambar2 Afnan kat komputer. Ibu try buat diri sendiri happy,ibu taknak fikir psl Afnan sangat,sbb ibu taknak diri ibu sedih. ibu nak jd tabah,sayang. tapi semalam, ibu perasan sesuatu. bile ayah balik dr shopping brg dapur, ayah mengadap komputer.ibu plak tgk tv.sambil tgk tv, ibu jengah tgk ayah buat apa kat komputer. ibu terkesima,sayang. ibu ingatkan ayah tgh buat kerja2 ayah, tapi tak.ayah tgk gambar2 Afnan kat komputer, alone!. ayah pasang headphone taknak kasi ibu dgr yg ayah tgh dgr rakaman video mase ibu nangis time Afnan baru lahir. Ayah mungkin taknak ibu dgr,sbb ayah tahu kalau gambar2 Afnan dah boleh buat ibu nangis,apatah lagi rakaman video tu. sbb tu ayah psg headphone. perasaan ibu? air mata menitik kat pipi ibu. ibu tak nangis.entah…tapi ibu sedih.bukan sbb Afnan,tapi sbb baru ibu realized,ibu tak pernah nak tahu betapa sedihnya ayah bile Afnan pergi.ibu hanya tahu psl ibu,psl kesedihan ibu. psl sedihnya ibu bile Afnan pergi. Ayah?ibu tahu ayah juge sedih.tapi ibu tak pernah cuba mendalami kesedihan ayah,kerinduan ayah pd Afnan. Recall balik, mesti ayah sedih kan syg, bilemana ayah kene handle pengebumian Afnan, bukannya majlis bercukur Afnan. ape perasaan ayah, tatkala ayah2 lain happy meraikan kelahiran anak,ayah terpaksa telefon kawan2 ayah tanya psl tapak kubur yang sesuai, mandi jenazah,majlis tahlil etc…

baru ibu sedar yg ibu hanya pk kesedihan ibu shj,afnan…ibu kurang pk psl ayah, ayah pon sedih jugak syg.ibu jahat,kan? Afnan…ibu tahu ayah rindu Afnan…

Afnan,ibu hanya pk kekecewaan ibu. pernah tak ibu terpikir kekecewaan atok nenek?nenek datang,semata2 utk tunggu cucu lahir, nak jaga cucu. tapi ape jadi pada nenek?nenek terpaksa memandikan dan mengkafankan cucu. ape perasaan nenek agaknya…

atok?atok stay irelland 2 bulan dgn plan asal utk tolong ibu jaga Afnan,utk main2 dgn cucu. skrg? sian atok.atok nampak bosan.atok taktahu nak buat apa di ireland. ibu rasa bersalah kat atok.ibu nak bwk atok jalan2,tapi ke mana?ayah plak kerja.ibu plak belum betul2 ready jln jauh.ibu betul2 rase bersalah,sayang. ibu banyak kecewakan harapan2 org lain. itu tak pk lagi harapan tok abah ngan nenek sblh ibu, makcik2 and pakcik2 Afnan sblh ayah dan sebelah ibu. ibu hanya pk kesedihan ibu…teruk kan ibu,Afnan?

ibu sedih…alangkah bagusnya kalau Afnan ada. hidup ibu mesti bahagia.hidup ayah mesti happy. atok nenek mesti ceria…winter yg suram mesti berseri2 kalau Afnan ada. itu kalau Afnan ada…tapi Afnan tak ada…kadang2 ibu nak sedapkan hati ibu, ibu kata kat diri ibu,yang ibu tak pernah mengandung. ibu hanya ada ayah. ibu single,tak pernah berbadan dua. tapi,bile ibu terpandang gambar Afnan?hati ibu rasa bersalah sbb seolah2 ibu deny fact yg Afnan anak ibu.ibu tak boleh tolak fact yang ibu terlalu sayang Afnan, ibu ingat Afnan, Afnan anak ibu dan lahir dari perut ibu. ibu mengandungkan Afnan, anak ibu yang tinggalkan ibu sejurus selepas lahir. anak ibu yg tidur lena,langsung xnak buka mata tgk ibu,langsung x gerak bile ibu sentuh,and langsung x bunyikan suara utk ibu dengar… apapun Afnan buat kat ibu,Afnan tetap anak ibu,sayang.ibu terlalu sayang pd Afnan. Afnan tak pernah salah pada ibu,or pada sesiapa,sayang…ibu yang banyak dosa..maafkan ibu,sayang…

Afnan…ibu betul2 rindu Afnan. ayah pun rindu Afnan…ibu tahu, ayah betul2 sayang Afnan,sayang…