Archive for December 19th, 2007


Memberi dan berkorban… adalah manifestasi cinta dan kasih. Tanpa kasih, memberi itu pahit, berkorban itu suatu penyeksaan…

assalamualaikum dan selamat hari raya aidiladha,wahai anak yg ibu sgt sayang, Ahmad Afnan…

"Memberi dan berkorban… adalah manifestasi cinta dan kasih. Tanpa kasih, memberi itu pahit, berkorban itu suatu penyeksaan.."

betul2 ibu teringat kat Afnan… ibu sayang betul kat Afnan. Ibu ingat betul2 Afnan setiap hari. kadang2,tanpa sebab, airmata ibu mengalir bila ibu teringatkan Afnan. dalam bahagia,ibu derita. dalam ceria,sebenarnya hati ibu menangis. ibu betul2 sayang Afnan. kalaula Afnan tahu…

pengorbanan ini sangat menderitakan, ibu betul2 merasainya. Afnan berkorban kerana ibu. Afnan tak nak ibu susah,ye syg?Afnan x nak susahkan ibu dgn salin lampin,buat susu, semua bende untuk Afnan ye syg?Afnan xnak susahkan sesiapa sebab tu Afnan pergi dulu…

ibu?ibu berkorban untuk bagi anak ibu pergi dulu. ibu berkorban untuk bagi anak ibu pergi syurga,biar anak ibu ada kawan2 utk main2 kat syurga. Ibu berkorban utk anak ibu hidup bahagia selama2nya. tapi pengorbanan ibu betul2 menguji hati ibu.Hati ibu betul2 menderita.

setiap hari,bile bangun tidur,ibu berharap,semua yang berlaku hanya mimpi. ibu harap bila ibu bangun,semua ni tak berlaku. tapi hakikat tetap hakikat. ibu sudah lepaskan anak ibu pergi jauh. tangan ibu menggapai afnan,tapi,Afnan tetap pergi..Jauh..terlalu jauh…

tiap hari, ibu bayangkan,apa ibu akan buat kalau Afnan ada. ibu mesti busy dgn Afnan. nak tidurkan afnan bile afnan nangis,nak susukan Afnan,nak mandikan,salin baju utk Afnan bile afnan comot,and salin nappy bile Afnan pee or poo. tapi,itu hanya mimpi2 ibu yg x akan jadi kenyataan. ayah pernah cakap, anak2 ibu yang akan dtg xkan sama dgn Afnan. Afnan hanya ada satu,xde dua atau tiga. afnan seorg saja anak ibu…betul kata ayah,syg. Ahmad Afnan hanya ada satu dlm hati ibu.hanya satu…

afnan…ibu syg afnan. merintih,menangis,berduka…afnan tetap x ada…afnan,ibu syg afnan.afnan anak ibu….

ibu tabahkan hati setiap hari,ibu kata kat diri sendiri,ini ujian,Allah bagi kat ibu.Allah nak ibu tabah. Allah nak bersihkan dosa2 ibu yg banyak. Allah nak uji ibu. Ibu try utk tabah,walaupun selalunya ibu menangis sbb ujian Allah kali ni terlalu besar,besar sgt sampai ibu xtahu sama ada ibu sanggup menghadapi.kadang2, ibu sedapkan hati sendiri,ibu kata ibu masih muda lagi,ada can utk dpt baby lagi lps ni.tapi perasaan ibu takkan sama lagi,Afnan.takkan sama utk adik2 afnan. hati ibu dh tak ada…hati ibu dh rapuh,dah robek…senang pecah. ibu dah terlalu takut utk menghadapi perasaan kehilangan..akan dtg,kalau ibu mengandung adik afnan nanti,ibu janji,biar ibu x ada,tapi adik Afnan hidup. biar ibu menderita,asal adik afnan bahagia..biar ibu pergi dulu,asalkan jangan adik Afnan pergi mcm Afnan…ibu dah terlalu takut utk hilang lagi anak yg ibu sayang…Afnan,ibu syg Afnan….