kaherah,iskandariah…
salam sayang..anak ibu dlm kenangan…
ibu x lupa,cuma jarang mahu menyebut psl afnan. ingat afnan,buat ibu sedih. org nmpak ibu ketawa, tapi hati ibu, tiada yg tahu…
dulu,masa afnan dlm perut ibu,ibu dh merangka-rangka mahu bawa afnan jalan2 lawat adik ibu di mesir.tapi nasib ibu malang.hasrat ibu x tercapai.ape nak buat…tapi alhamdulillah,kalau afnan ada, ibu mmg xkan bawa afnan gi egypt.huhu,gerun ibu..kali pertama menjejakkan kaki ke egypt, ibu dah terasa asingnya…bile kenderaan bersimpang siur, dgn padatnya penduduk di kaherah, buat ibu pk,alangkah susahnya kalau nak bawa jalan anak2 kecik di bumi ini…takut ibu,nak lintas jalan pon,ibu gerun.tuhan saje yg tahu betapa ibu takut nak lintas jalan di bumi itu. ibu pelik,lampu isyarat hanya sebagai hiasan. yg banyaknye, manusia yg membunyikan honk kereta sepanjang masa. tak kira masa, dah tahu jalan jam, dibunyikan honk x berhenti. kereta diberhentikan merata2, x kira jalan jam atau tidak. manusia plak berjalan2 di atas jalan sesak seolah2 jalan tu milik diorg.
tapi,itulah bumi anbiya’. ibu rase bertuah mampu sampai ke bumi itu.atas pertolongan adik ibu,semua berjalan dgn baik…ramai yg membantu,alhamdulillah…
ibu sampai ke qasr (istana) Qarun akhirnya. ibu lihat kawasan penduduk kampung, pegi ke fayyoum di mana ade kincir air nabi yusuf dibina bilamana kemarau melanda, katanya, bunyi kincir air seolah2 bunyi zikir, masyaAllah…
ibu sampai ke pyramids, ke perkampungan firaun, ke kilang papyrus and minyak wangi, and juga ke kilang crystal asfour…
ibu pegi melawat maqam imam syafii, makam abi darda’ sahabat rasulullah,and maqam nabi danial.ibu sampai ke theatre rome (kesan tinggalan penjajahan rome suatu ketika dulu), museums,kubu salahuddin al ayyubi, dan macam2 lagi…byk tpt ibu lawat…
paling x lupa,makam abi darda’. betapa Allah memelihara makam salihin,usaha utk memindahkan maqam tersebut ke tempat lain x berhasil. makam tersebut sekarang betul2 di tgh jalan. jalan2 raya yg lurus memberi ruang maqam di tgh jalan mengelilingi maqam sebelum menjadi lurus kembali…betapa indah masjid2 di bumi anbiya’…sebuah masjid,ibu lupe namanya,dibina unik utk memberikann impak bunyi kuat pd azan. bayangkan,tanpa microfon canggih mcm skrg, azan di dlm masjid bsr,mampu di dengar hampir kesemua penduduk sekitar. canggihnya ciptaan Islam…
ah..ibu rindu pada debu2 bumi itu…