ifthar di bons…
alhamdulillah…betul2 kenyang after ifthar kat hospital bons tempat hubby kije..syukur kepada Allah kepada sesiapa yg menganjurkan ifthar arini. lauk nasik daging dengan kuah kari daging, siap dgn desert lagi…pastu, ade sudanese dates drink lagi. sedap betul…hai, abeslah diet aku 2-3 ari ni…asyik dok makan je kije…anyway, syukur sbb Allah bagi nikmat utk merasa kelazatan berbuka puasa di oversea beramai2…alhamdulillah….
kadang2, terfikir jugak, ukhuwwah lagi erat bile berada berjauhan dari kampung halaman. kat sinila mula utk berkenalan..mahabbah sesama muslim lebih terasa, lebih meriah. di sinila dapat belajar keindahan Islam, bila sambutan raya dgn pelbagai kaum yg menganuti Islam. fikiran dan minda jadi lebih luas, terasa yg Islam bukan terhad kepada kaum Melayu sahaja…bayangkan la, kalau kat Malaysia, kita seolah2 melabelkan hanya org Melayu sbg org Islam, padahal org cina, org india pon ade yg muslim. dan yg melayu pon, bukan semua yg islam. dan yg melayu islam yg ade, bukan semua muslim yg mengamalkan islam…moralnya,scope pandangan kite pada Islam pon jadi luas bile kite merantau di tempat org…kate org, jauh perjalanan, luas pengalaman/pandangan.
terasa bahagia, bile berjumpe Muslim di Europe. teringat pengalaman ketika di Milan, Italy. berjumpe dgn seorg Bangladesh Muslim. kalau kat Malaysia, org bangladesh kite x pandang. kalau pandang pon, dgn pandangan serong. tapi bile jumpe di negara org, boleh bercakap/berbual bertukar cerita… itulah indahnya Islam…tak mengenal bangsa dan warna kulit. bagi Islam, berbezanya muslim dgn muslim yg lain berdasarkan taqwa kite. macam dalam surah Alhujurat:
“Hai manusia,sesungguhnya Kami ciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan menjadikan kamu berbangsa bangsa supaya kamu saling kenal mengenal.
Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah org yg paling bertaqwa di antara kamu.Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal”
semoga Allah merahmati kite semua…