Archive for July 8th, 2009


doakan…

Alhamdulillah…syukur ke hadrat Ilahi kerana mengurniakan sy peluang sekali lagi merasa nikmat mengandungkan anak kedua setelah apa yg terjadi semasa kelahiran anak pertama kesayangan kami, Ahmad Afnan yg meninggal tanggal 27/11/07 semasa labour.

kesedihan lama masih bersisa, tapi diharap kehadiran anak kedua ini insyaAllah makin membahagiakan kehidupan rumahtangga kami.

di sini, di kesempatan yg makin singkat ini sebelum hari kelahiran anak kedua ini yg hanya menunggu hari, saya ingin memohon kemaafan dari saudara-mara, sahabat handai,rakan taulan jikalau kami (saya dan suami) ada melakukan sebarang kesilapan, kesalahan samada sengaja atau tidak disengajakan. jikalau kami masih ada hutang yg bersisa, sila la tuntut sbb kdg2 kami mungkin lupa.

semoga kalian mendoakan kesejahteraan kami sekeluarga,dan semoga Allah memudahkan kelahiran anak ini yg bakal menjadi permata hati kami. doakan kami ya ..
wassalam..

-fizah&puden-