Archive for September 19th, 2009


Esok hari raya!!!

tak sangka, dah hampir 3 minggu kami pulang ke Malaysia. seronok betul merasai suasana berpuasa bersama family, berbuka bersahur bersama setelah 7 tahun berpuasa beraya di negara orang. terasa betul kelainannya. mmg x sama. bersama family terasa sgt meriah. lagi2 seronok tgk mcm2 gerai makanan yg tumbuh mcm cendawan di sepanjang jalan. seronok.lagi2 tahun ini bertambah meriah dengan kehadiran Ahmad Haikal penyeri keluarga kami.

.

Alhamdullillah.syukur sgt2 semua berjalan dgn lancar. ahmad haikal pon dh 2 bulan lebih umurnya.sihat dan segar bugar. dah lenguh tangan menganggkatnya sekarang. rasanya dh 6 kg kot berat nya skrg. mmg berat. chubby anak ibu itu. kdg2 bila melihatnya tersenyum, terasa segala kesusahan yg lepas terbayar dgn sendirinya. terfikir, mungkin inilah anugerah yg Allah nak kasi selepas kehilangan Afnan. Allah dtgkan anak comel ini sbg peneman menggantikan abangnya. sekali sekala tersasul juga memanggil Haikal dgn nama abangnya,Afnan. bukan ibu,ayah pon sama.tokbah nya pun selalu tersalah memanggil Haikal dgn Afnan.sungguh, nama Afnan begitu terpahat di hati. tapi Haikal pon kami syg. sama dgn abangnya.tak lebih tak kurang. cuma sbb Afnan tak ada di depan mata, kami selalu mengingatinya.

.

esok sudah hari raya. kali pertama kami beraya di kampung halaman setelah 7 tahun beraya di perantauan.sungguh gembira hati ini.rasanya semua org pon sama. kesyahduan juga terasa setelah ramadhan berlalu pergi.terasa amalan byk yg kurang. menyesal tak memanfaatkan sepenuhnya bulan rahmat itu.semoga umur masih panjang utk berjumpa ramadhan seterusnya.

.

kepada kwn2, selamat hari raya maaf zahir batin ya maaflah kalau ada terkasar bahasa tersilap bicara terkurang mana2…kalau ada kelapangan bagi yg kenal,dtgla ke rumah suami hari raya ke 4 nanti,kami buat majlis aqiqah utk Ahmad Haikal putera kami ini.jemputla….

.

salam lebaran dari kami,

Muhammad Saifuddin,Norhafizah, dan Ahmad Haikal

idulfitri 1430H